Tuesday, November 23, 2010

Belajar Bina Blog

Jam sudah menunjukkan pukul 8.29 malam. Kami masih di Bilik Komputer IPGM Kampus Ipoh. Kami sedang bertungkus lumus membina laman blog yang agak mencabar minda. Begitu sukar namun di bawah bimbingan pensyarah Encik Khairulanuar Ismail, kerja yang sukar menjadi mudah. Entah apa akan jadi pada laman blog ini. Kita akan lihat nanti apabila di paparkan. Aku juga banyak dibantu oleh rakan sekuliahku,  Encik Sudirman. Kalau tidak ditolong, entah apa akan jadi....mungkin jadi blog lampu kalimantang atau goblok...he he. Namun alhamdulillah, dengan bantuan rakanku yang prihatin, aku yang buta komputer dapat juga menyiapkan laman blog ini. Bolehlah aku tunjukkan pada anak-anak aku dan rakan-rakanku di sekolah bahawa tidak sia-sia menghabiskan cuti sekolah di sini. Untuk membina laman blog ini kami merujuk pada nota yang dibekalkan oleh pensyarah. Kami mengikuti langkah demi langkah dan akhirnya terhasillah laman blog yang terpapar di dalam komputer ini. Insyaallah, laman blog ini akan dikemaskini dari masa ke semasa agar  lebih sedap mata memandang dan di muatkan dengan informasi yang berguna untuk semua.

No comments:

Post a Comment